Puding marble resipi kegemaran ku
- 2 gelas air
- 1 paket agar-agar serbuk (10 gm)
- 2 gelas susu segar
- 3 biji kuning telur
- 3 sudu besar mentega
- 1 sudu besar serbuk koko/choc emulco
- 1 sudu besar tepung kastard
- 2/3 gelas gula
Cara2:
- Masukkan 2 gelas air didalam periuk. Biar air hingga mendidih. Semantara itu, pukul kuning telur bersama mentega, ketepikan.
- Bancuh tepung kastard bersama susu segar. Setelah air mendidih, masukkan serbuk agar2 bersama gula. kacau hingga kedua-dua bahan larut.
- Setelah bahan tadi larut, masukkan bancuhan tepung dan kacau. Kemudian masukkan pula telur yg telah dipukul bersama mentega tadi. Kacau sebati .
- Bahagi adunan kepada 2 bahagian. 1 bahagian dicampur dengan Choc emulco. Kacau sebati. 1 bahagian lagi biarkan warna asal.
- Sendukkan 1 bahagian koko ditengah loyang, diikuti 1 bahagian warna asal di atasnya. Ulang hingga habis. Sejukkan di dalam peti sejuk. * Acuan loyang terpulang kepada individu.
No comments:
Post a Comment